Wednesday, January 27, 2010

Aku + dietetik = ???

Saat ini aku sangat2 sedih..
Yang teramat.

Cuba memujuk hati
Untuk terus sabar & berusaha gigih lagi.

Isk..isk.. Sejauh mana prestasiku dlm bidang dietetik ni?
Ya Allah! tinggal beberapa bulan je lagi & aku dah boleh bergelar seorang dietitian.
Terlalu banyak lagi yang perlu dibaiki & dipelajari.

Sebelum ini, seniors selalu kata
"4th yr ni, siap2 lah korang kena bambu"
"Jantung berdarah!!"
"Jangan nangis, nanti kena lagi teruk"

.. tapi, aku rasa macam tak cukup kena 'hentam' je lagi.
Tak seteruk yang aku bayangkan.
Malahan, tak teruk langsung pun!!

Tak tahulah, atau mungkin aku sentiasa ditakdirkan berada di zon selesa.
Selalu sangat 'terselamat'.
Beberapa minggu lepas, dihadiahkan Allah dengan 'chicken pox'
Berehat nak dekat 2 minggu.
Kat situ, dah rugi lagi waktu untuk kena 'bambu'.

Mendengar pengalaman dari rakan2, lagi-lagi lah sedih.
Banyaknya mereka dah belajar..
Banyak kelemahan yang boleh dibaiki..
Aku??

Tadi pun, utk case presentation, aku menjadi presentor pertama.
Tak semua dietitian yg ada.
Bila tiba giliran presentor kedua, bertambah dietitian.
Ertinya, akan bertambahlah komen2 yang diberikan..
Dan makin banyak lah yang kena 'hentam'
Haih.. sedihnya, selalu sangat ter'selamat' ni..
Sampai aku merindukan siapa-siapa yang boleh menegur diri ini, menarik ku kembali, membaiki kesilapan ku..

Ya Allah!
Hakikatnya semuanya takdir, bukannya kebetulan.
Aku sedari kelemahanku.
Aku lebih mudah berubah apabila dikritik.
Andai diuji dgn kurangnya kritikan, kurangnya teguran..
... aku merasakan seperti hilang arah.

Tetapi, sesungguhnya hidup ini adalah ujian.
Ujian yang diberikan, sentiasa bersesuaian dgn kelemahan insan.
Dan melalui itulah, diberi peluang untuk berubah.

Mungkin ada yang sukar utk bersabar apabila diuji dgn kesusahan, lalu diberikan kesukaran hidup agar mendapat peluang membentuk diri.
Mungkin ada juga yang mudah lalai andai diberikan kesenangan, lalu diberikan kesenangan agar dapat membuktikan kesabaran dan kesyukuran padaNya.

Isk2. aku yang selalu diuji dengan kesenangan...

Saat ini, aku memerlukan kekuatan dalam diri utk sentiasa membaiki diri.. Mengoreksi segala kelemahan yang ada..
Pada masa yang sama, sangat2 perlukan teman yang boleh mengkritikku.

Ya Allah, tunjukkanlah kepadaku jalan yang terbaik.

Tuesday, January 26, 2010

Penapis termahal

Penapis termahal?
Atau penapis yang tak ternilai hargannya?

Yang aku maksudkan di sini adalah buah pinggang kita...



Semalam aku mendapat referral case mengenai Ig A nephropathy. Pesakit tersebut kehilangan banyak protein disebabkan kerosakan pd buah pinggang. Pada masa yang sama, nilai urea & creatinine juga tinggi. Aku dan temanku saling memandang. Nak bagi 'low protein diet' ke 'high protein diet'?? 2 dietary management yang berbeza!! Untuk pesakit kronik buah pinggang, objektif utama adlh 'to delay the progression of kidney failure'. Tapi, pada yang sama, we need to correct malnutrition.

Ya Allah, kesiannya makcik ni. Betapa manusia itu makhluk yang lemah dan amat memerlukan Pencipta-Nya setiap masa. Ni baru satu nikmat ditarik. Badan terus jadi kacau bilau. Bengkak air di muka, tgn & kaki..

Pada masa yang sama, aku lebih-lebih kasihan apabila tidak menemui seorang caregivers pun di sisinya. Dengan keadaan yang seperti itu, siapa yang akan menenangkan hatinya, mengajak untuk bersabar. isk..isk..

Selepas berbincang dgn dietitian, aku memberikannya nourishing fluid GLUCERNA SR. Namun, timbul satu masalah, siapa yang akan membancuh susu utknya? Akhirnya, dietitian memberi kami task utk memberikan susu kpdnya setiap kali tiba waktu. Maka pg tadi, aku dah mula nak memberikan susu tersebut. Malangnya, pukul 5 pm tadi barulah aku dpt menemuinya, setelah dia pulang menjalani pelbagai pemeriksaan.
Dia hanya boleh mengangguk dan menggeleng apabila aku menanyakan soalan. Apabila susu diberikan kpdnya, dia minum dgn pantas. "Makcik ni lapar sangat".

Aku nampak dia menitiskan air mata sebelum itu. Aku teringat akan 1 ayat al-quran:

"Dan Dia (pula) menciptakan manusia dari air, lalu Dia jadikan manusia itu (mempunyai) keturunan dan musaharah dan Tuhanmu adlh Maha Kuasa" Al-Furqan,25:54

*Musaharah ertinya hubungan kekeluargaan yg berasal dari hubungan pernikahan, seperti menantu, ipar, mertua dan sebagainya.
Betapa kita sentiasa memerlukan sokongan dan bantuan. Melalui keluarga apatah lagi. Setinggi-tinggi kesyukuran kpd Allah kerana menciptakan 'hubungan kekeluargaan' bagi melengkapi kehidupanku ini. MasyaAllah. Kalau sistem pembiakan macam bakteria, haish, tak taulah... takde mak, takde ayah.. semua cam same je..


Alhamdulillah 3x


(wahai Ayat, cepat siapkan case presentation!! Kamu ni, esok nak present, sempat lagi nak blogging??)

Saturday, January 16, 2010

Pascasiswazah

Hmm.. abah selalu tanya pasal nak sambung master.
"Dah tengok dah UKM atau USM?"
Aku hanya mampu tersenyum (tak tengok2 lagi).


Sampai ke satu tahap, abah yang tengok sendiri. Dapatlah sms dari ayahanda tercinta.
"1. Di jabatan pemakanan dan dietetik UKM ada 2 program sarjana sains kesihatan- Pemakanan Komuniti & Pemakanan Klinikal.
2. Kalau di USM ada MSc & PhD dlm Biomedicine dan Forensic Sc.
Ayat ada cadangan apply jadi tutor di mana2 Univ?"


Aku lantas menjenguk website UKM dan mencari pautan mengenai program pascasiswazah.
Isk.. isk, abahku tersayang. Anaknda tak betul2 serius lagi fikir mengenai perkara ini (haih.. jadi, bile nak fikir? ayat... ayat...). Entahlah, bang din dah maju dah. Hari tu dah lulus n dapat scholarship drpd UMP utk sambung master kat Jepun. Abangku, hmm.. jadi orang jepun la nampak gaya ni. Lama sgt kat sana..


Jauh di sudut hati, ingin juga rasanya meneruskan studi.. sedangkan ramai teman2 ku memilih untuk berkerja (Kecuali Awin & Hazirah)..


Hmm.. yang pastinya, antara UKM & USM, aku akan ke UKM InsyaAllah. Kenapa?? Hehe.. sbb sistem tarbiyyah di KL mantop, so, boleh tingkatkan diri & bergerak dlm da'wah kampus InsyaAllah. Teringat matric PJ. Andai ditakdirkan aku ke UKM, rasanya nak gerakkan matric PJ (kenapa bukan UKM??). Hee.. kerana hatiku dah terikat dgn UIA. (",) Matric PJ yang menjadi 'lubuk emas' kpd kader2 da'wah.. InsyaAllah. Moga Allah tunjukkan jalan yang terbaik buatku.


Buat masa sekarang ni, cepat siapkan undergraduate dissertation!! Lagi 3 minggu nak hantar ni. Moga Allah mudahkan.

Silalah membaca longgokan jurnal2 ni, Ayat. Absorb & digest sepenuhnya yep!

Aku yang kerinduan...

Aku melihat planner ku di dinding. Dalam 2-3 minggu lagi, aku akan menamatkan IPD ku (inpatient department clinical placement). Bermakna, aku akan ke HKL, meninggalkan UIA Kuantan ini yang telah banyak mencorakkan aku sehinggalah ke saat ini.

Semalam merupakan hari yang sangat 'hectic'. Selesai OPD, pulang ke UIA, siapkan analisis ahli usrah sem lepas, prepare usrah, solat Asar, bergegas ke usrahku. pukul 7 pm, aku meminta izin untuk keluar dahulu, kerana usrahku dgn anak2 usrahku pula akan bermula 8pm. Usrah dgn anak2 usrahku pula sgt menyentuh hati. Aku sangat mengkagumi mereka, masing2 punyai ciri2 istimewa yang ingin ku garap. Mengenangkan itu merupakan usrah ke-2 terakhir dgn mereka, hatiku menjadi sayu.. Adik-adikku, akak merindui & mengasihi kalian. Aku menghitung-hitung, hampir 2 tahun aku bersama mereka, bertemu setiap minggu dgn 1 niat, saling membaiki diri, saling ingat-memperingati. Allahu Akbar, tiada lagi teman yang lebih istimewa melainkan teman yang kita bertemu dgnNya hanyalah utk meningkatkan keimanan.. Aku bertambah sayu.

Seusai usrah, masing-masing sibuk, akhirnya, aku dan seorang lagi anak usrahku shj yang mampu menghadirkan diri dalam daurah bulanan malam tadi. Tak mengapalah, moga diizinkan Allah di lain kali. Dalam daurah pula, apabila bersama-sama dengan akhawat, hati ini bagai melonjak-lonjak. dahagakan curahan iman. Moga petunjuk Allah sentiasa bersama. Aku pasti akan merindui saat-saat begini. Saat bertemu setiap minggu untuk melaksanakan qiamullail bersama-sama, ifthor bersama-sama. Dan moga hati ini terus ingin bergerak, menyuburkan lagi medan da'wah di bumi kuantan ini.

Betapa sumber tenaga manusia itu penting. Ketika masyarakat tercari-cari dan dahagakan panduan kehidupan, angka para dai'yah yang kecil ini tidak cukup tangan untuk meresap masuk setiap sudut masyarakat. perlukan masa. perlukan didikan. Alhamdulillah, dengan beranjaknya tahun,aku yang kini berada di tahun akhir pengajian melihat angka tersebut makin meningkat. Cuma dengan satu syarat, semua pihak berkerja. Merekrut insan-insan hanif untuk diberikan didikan. Agar mereka ini diarahkan utk punyai tujuan yg jelas. Dan sama2 mendokong matlamat memperbaiki diri, memperbaiki keluarga, memperbaiki masyarakat, sehingga akhirnya, apabila angka2 yang menerima didikan ini memenuhi segenap ruang masyarakat, kita akan memegang tampuk kepimpinan. InsyaAllah.

Cuma, adakalanya, berapa ramai yang sanggup berkorban untuk memelihara tarbiyah, sentiasa sanggup untuk memberikan didikan. Follow-up adik-adik apabila membuat prog2 di sekolah. Adakan usrah dengan mereka setiap minggu. Adakalanya, membuat program-program besar atau program touch-n-go jauh lebih mudah daripada masuk ke dalam medan, menganalisis potensi setiap individu, dan cuba memberikan kefahaman yg jelas kepada mereka yang telah memasuki sistem tarbiyah, agar hati-hati ini akhirnya hidup, menjadi lampu hidup. lampu yang apabila diarahkan untuk bersiap-siaga terus tampil tanpa memberikan alasan. Sama seperti para sahabat di zaman Rasulullah S.A.W. Kerana syurga itu seolah-olah di depan mata. Kerana Allah telah menjadi tujuan hidup..

Aku merindui jiwa-jiwa yang punyai matlamat yang sama denganku..
... punyai mimpi-mimpi yang sama denganku..
... punyai jalan yang sama dengan ku..

Moga Allah menetapkan kita semua di atas jalan-Nya.
Yakinlah dengan jalan ini..