Monday, July 5, 2010

Jurnal kerjaya

Sob3.. apa dah jadi dengan blogku.. Azamku yg lepas, utk menulis 1 entri/minggu, hancusss... semuanya gara2 'malas' utk meluangkan masa berfikir & merenung kembali segala yang telah dilalui.

Saat ini, ingin ku ambil kesempatan, mengoreksi liku2 alam kerjaya yang sedang aku lalui.

***

Tanggal 24 Jun 2010, aku disambut baik di Normah Medical Specialist Centre. Teman sekerjaku, Ming, Nutritionist, byk memberi tunjuk ajar. Aku sangat bersyukur.

Meskipun begitu, aku sering rasa tertekan, stress.. kadang2 tidak ditemui puncanya. Mengapa?? Yang pasti, aku sering tertekan di saat tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Trouble shooting lah jawabnya. Ya Allah, aku bermohon kpd-Mu agar dikurniakan ilmu yang bermanfaat. Menemui kes-kes baru, seringkali aku kembali ke bilikku, duduk menelaah buku. Belajar & belajar kembali.. Pasti, proses belajar tidak akan pernah selesai.. Cuma, bersabarlah dalam melalui 'fasa' banyak-lagi-yang-tak-tau-ni. Pengalaman itu, merupakan guru terbaik bukan??

Aku ingat lagi 2-3 minggu pertama aku berkerja, setiap hari aku berasa tertekan. Beberapa teman menjadi tempat aku mengadu.. Perasaan rindu kpd keluarga pula semakin membuak-buak, sehinggakan aku sering terfikir utk berhenti kerja!! Namun, kata-kata abang yang jauh dari Jepun, membuatkanku tersedar kembali "skrg ni zaman susah carik keje, jangan lepaskan peluang yang ade".. isk2, betul tu bang Din..

Sebenarnya, masalah utamaku: aku sendiri kurang pasti SEBAB kpd stress yang aku alami. Kenapa ya?? Ke bisikan syaitan je semua ni. Haish.. Tapi, bila difikir-fikir kembali, mungkin kesukaran yg dialami saat ini menyebabkan aku rasa lelah, berasa kurang perlindungan, berasa tidak selamat... Masalah penginapan, pengangkutan etc, semuanya datang bertubi-tubi. Mengajar untuk aku hidup berdikari. Mengajar erti Qanaah.. Aku sangat bersyukur atas 'tarbiyah' yang dikurniakan.. Berjalan kaki 30 min utk sampai ke tempat kerja, pastinya akan mengajar aku utk sanggup berkorban. hee, jadi, setiap hari 'bersenam' 1 jam lah yep! Belajarlah untuk hidup susah wahai Ayat sayang..

Ingin aku kongsikan pengajaran yang aku dapati dari tafsir surah Dhuha. Surah yang membuatkan aku tersentak
dan membuatkan aku malu kepada-Nya

Di saat aku sibuk dengan kerja yang dilakukan
Resah dengan permasalahan yang melanda
Ketahuilah wahai Ayat.
Sesungguhnya kurniaan terbesar adalah kurniaan iman,
kurniaan hidayah.

***
Demi waktu matahari sepenggalahan naik,

dan demi malam apabila telah sunyi,

Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu.
dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan

Dan kelak Tuhanmmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas.

Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim,lalu Dia melindungimu

Dan Dia mendapatimu sbg seorang yg bingung, lalu Dia memberikan petunjuk

dan Dia mendapatimu sbg seorang yg kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.

Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.

Dan terhadap orang yang meminta-minta, maka janganlah kamu mengherdiknya.

Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur)

***
Aku terfikir sejenak, apakah perlu utk aku resah dengan kesulitan-kesulitan materialistik yang dihadapi. Sedangkan, aku masih boleh hidup tanpanya.. Namun bagaimana pula dgn iman & hidayah Allah. Mana mungkin aku mampu berdiri & bertapak disini tanpa petunjuk-Mu. Lantas, tiada lagi yang wajar untuk aku lakukan melainkan bersyukur atas kurniaan iman daripada-Nya..

***
Terbiasa dengan dakwah & tarbiyyah sejak UIA, menyebabkan jiwa ini berasa kosong apabila kurang menyertai aktiviti2 sedemikian.. Aku ada menyatakan hasratku kpd seorang ukht di sini. Seboleh-bolehnya, ingin aku bergerak di kampus. (",).

Lantas semalam, aku menerima sms dari satu nombor yang tidak dikenali :
"Salam, ana ukht aisha. UNIMAS, kami ucapkan ahlan wasahlan utk sertai thullab UNIMAS. Esok malam free?"

YEAY.. Alhamdulillah.

Dakwah kampus UNIMAS, here I come.

Ya Allah, petunjuk dari-Mu sentiasa aku dambakan..

2 comments:

Nadirah said...

Fainna ma'al 'usri yusraa..semoga tabah hati ayat, ayat dah dapat apa yg diimpikan.doakan saya yg masih terumbang-ambing

Kamek said...

jazakillah nadirah sayang.. Ayat doakan yang terbaik utk Nadirah, kdg2 kita tak tau apa yg terbaik utk kita.
Apa yang mampu kita buat, luruskan niat, perdalamkan ilmu dlm Islam, sahut seruan amar ma'ruf nahi mungkar & berharap + yakin rezeki Allah itu ada di mana2. Biar dimanapun Allah menempatkan kita, tak kira kerja apapun, pastikan tujuan hidup kita tak samar. Utk berjuang atas deen-Nya.. Tak semestinya jadik dietitian.. walaupun itu mungkin cita2 kita. Tapi, perancangan Allah pastinya mengatasi segala-galanya. Moga sentiasa dalam rahmatNya.

Sayang Nadirah.

Total Pageviews